RANGKUMAN berita viral yang menjadi perhatian netizen minggu ini antaranya mengenai kisah kapcai misteri yang tiba-tiba merempuh penunggang superbike selepas susur keluar Plaza Tol Yong Peng (Selatan).
Seterusnya, kanak-kanak 'genius' Malaysia menjadi individu termuda diterima masuk ke Persatuan IQ Tinggi Global, Mensa.
Tidak ketinggalan, kisah seorang guru yang sebak melihat kasih sayang seorang abang terhadap adiknya.
Tindakan seorang pemuda India yang membantu adik seorang pemuda Melayu yang terlibat kemalangan turut mencuri tumpuan.
Akhir sekali, kisah viral paling panas minggu ini mengenai kisah seorang Instafamous yang memohon maaf kepada pengikutnya kerana tidak bertudung semasa bercuti di Phuket, Thailand baru-baru ini.