DEMI rasa tanggungjawab, seorang lelaki sanggup berjalan kaki selama tiga hari dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu kerana takut kemungkinan menyebarkan virus Covid-19.
Cerita Alixson Mangundok, 34, dia menjalani pemeriksaan di Hospital Queen Elizabeth 1 sebaik sahaja tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu dari Jepun pada 25 Mac lalu.
Selepas pemeriksaan pertama disahkan negatif, dia mengambil keputusan untuk berjalan pulang ke kampung halamannya pada 26 Mac dan tiba tiga hari kemudian.
Selepas tiba, dia terus mengasingkan diri daripada keluarganya bagi mengelak sebarang kemungkinan.