ISTIMEWA #Bizibody minggu ini mStar mengunjungi acara Taxi Drift di Stadium Shah Alam, Selangor untuk menyaksikan sukan drift dan lihat kereta milik personaliti media sosial iaitu Sharina Richie.
Terdapat dua jenis kereta milik Sharina dipamerkan di acara berkenaan iaitu Nissan Fairlady 350Z dan kereta sukan drift Toyota AE86.
Dalam pada itu, Sha atau mesra disapa Kak Sha memberitahu meskipun sukan ini mahal dan sering dimonopoli golongan lelaki namun itu bukan penghalang buatnya.
Katanya, selepas ini dia ingin kembangkan lagi minatnya itu dengan menambah lagi beberapa koleksi kereta sukan drift.
TONTON VIDEO BIZIBODY DISEDIAKAN MSTAR INI