suria

Foto isteri dan anak pun kena edit, Lando Zawawi ajak jumpa kalau tak puas hati

PELAKON Lando Zawawi menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menyunting foto keluarganya dengan menukar imej kurang menyenangkan itu merupakan satu tindakan kurang sopan

Mengulas perkara itu, Lando atau Azlan Sani Zawawi, berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang sekiranya individu berkenaan masih melakukan perkara itu.

“Berhati-hati la ya jangan sampai saya terpaksa ambil tindakan pula selepas ini sebab melibatkan keluarga saya pun ada.

“Mereka edit gambar isteri, anak-anak dan letak muka saya... tak elok sebenarnya buat perkara tu siap tulis semua lelaki sama dengan wajah muka saya.

“Saya mungkin tidak terkesan tapi risau dekat anak saya dan isteri saja kerana bukan melibatkan saya tapi orang lain, kalau ada yang kurang berpuas hati boleh saja jumpa depan-depan kita bincang ya,” kata Lando kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi