suria

[V] Beego mengaku hubungan dengan isteri bermasalah, Linda Hashim sudah 4 bulan tak balik rumah

TERKEJUT rumah tangganya tiba-tiba menjadi perhatian ramai, pelakon Beego mendakwa tidak mengetahui atau menerima sebarang notis tuntutan penceraian daripada isterinya iaitu Linda Hashim.

Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 45, bagaimanapun mengakui hubungannya dengan Linda berantakan sehingga aktres itu keluar daripada rumah mereka pada Oktober tahun lalu.

"Saya agak terkejut juga mendengar berita ini (fail penceraian) kerana saya tidak mendapat apa-apa notis atau tuntutan dari mahkamah.

"Memang kenyataan Linda sebelum ini yang kami bergaduh betul dan kami sudah tidak duduk sebumbung selepas dia keluar rumah dengan anak-anak pada 11 Oktober tahun lalu.

Beego terkejut mendapat tahu Linda memfailkan penceraian di mahkamah.

Beego terkejut mendapat tahu Linda memfailkan penceraian di mahkamah.

"Saya bagi dia masa sebagai tempoh bertenang untuk dia balik semula ke rumah tapi dah hampir empat bulan dia tidak balik," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Beego memberitahu dia sudah berusaha memujuk Linda bagi memperbaiki hubungan mereka namun usahanya tidak berhasil.

Kongsi pelakon filem Gila-Gila Pengatin Remaja ini, dia juga tidak lagi boleh berkomunikasi dengan Linda kerana telah disekat di semua platform telekomunikasi.

"Saya dah cuba pujuk dia balik ke rumah tapi dia masih berkeras. Mungkin dia perlukan tempoh bertenang jadi saya bagi ruang.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak bagi peluang pada suami... Rupanya dah 2 kali Linda, Beego cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Beego berantakan lagi! Linda Hashim fail cerai lepas hampir 2 tahun rujuk

"Dia keluar dari rumah, saya masih menetap di rumah kelamin kami seorang diri. Dia telah memutuskan segala bentuk komunikasi dengan saya jadi saya tidak dapat berhubung dengannya melainkan berhubung dengan anak-anak.

"Disebabkan itu saya agak terkejut lihat berita hari ini tiba-tiba ada sebutan kes mahkamah yang pertama sedangkan saya ada di Labuan dan dia pun sepatutnya ada di sini untuk tuntutan kerja," ujarnya.

Beego bagaimanapun memberitahu dia masih sayangkan Linda serta anak-anak dan berharap agar menemui jalan damai antara mereka.

"Saya masih sayangkan dia dan anak-anak. Saya tidak mahu implikasi negatif yang akan berlaku dalam kisah rumah tangga kami.

Saya bagi dia masa sebagai tempoh bertenang untuk dia balik semula ke rumah tapi dah hampir empat bulan dia tidak balik.

BEEGO

PELAKON

"Masalah cerai yang menjadi perhatian media ini juga sebenarnya tidak baik untuk semua pihak.

"Cuma saya mahu ambil kesempatan mungkin dengan cara ini boleh membuatkan saya dan Linda Kembali berdamai," katanya.

Pada Rabu peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin mengesahkan aktres itu memfailkan penceraian terhadap Beego atas alasan sudah tiada persefahaman pada awal Januari lalu.

Kes tersebut disebut di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

553

Linda memfailkan cerai terhadap suaminya (kiri).

Bagaimanapun Beego tidak hadir pada sebutan pertama kes tersebut kerana berada di Labuan.

Manakala Linda hadir bersama peguamnya.

Pada Mei 2023, Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Ia berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.

Menerusi temu bual bersama mStar, Linda nekad untuk bercerai dengan Beego selepas berulang kali memberi peluang kepada suami namun tidak dihargai.

Beego akui berdepan masalah komunikasi dengan Linda (kiri).

Beego akui berdepan masalah komunikasi dengan Linda (kiri).

Malah dakwa Linda, mereka pernah bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Linda bagaimanapun enggan mendedahkan punca dia nekad bercerai kerana ingin menjaga aib Beego.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Nas Ahmad meninggal dunia