suria

Diganggu makhluk halus, Bidin kawal ketakutan dengan main Mobile Legends

SETIAP orang mempunyai cara tersendiri untuk membuang rasa takut apabila diganggu makhluk halus.

Begitu juga dengan personaliti media sosial iaitu Bidin Al Zaifa yang menerima gangguan misteri semasa melakukan penggambaran filem Dajal: Satu Malam Di Pedajal di Fraser Hill, Pahang.

Kata Bidin, selain mendengar bacaan al-Quran, dia juga akan bermain permainan video Mobile Legends supaya dapat mengalihkan perhatiannya.

“Semasa penggambaran, saya duduk satu rumah bersama Amir Nafis. Selepas habis penggambaran, saya balik rumah kemudian mandi dan baring di bilik saya.

“Selepas itu saya dengar bilik sebelah pula baru nak mandi. Ketika itu Amir tiada, dia pulang ke Kuala Lumpur.

“Takut juga ketika itu tetapi saya tidak layan dan kemudian benda (makhluk halus) itu main pintu pula. Nasib baik lah sekarang ini dunia sudah moden, saya ambil earphone dan main Mobile Legends. Ada juga saya dengar surah dan mengaji,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi