PERSONALITI media sosial dan anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjelaskan dia masih lagi belum selesai menamatkan pengajian di sebuah kolej yang terletak di Barcelona, Sepanyol.
Sebaliknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, berkata, dia kini sedang mengambil cuti selama tiga bulan sebelum menyambung semula sesi pembelajaran.
“Saya sebenarnya belum habis belajar lagi. Sekarang ini sedang ambil cuti sendiri sebab uruskan bisnes dekat Malaysia.
“Nanti selepas tiga bulan, saya akan sambung seula belajar selama setahun lebih lagi,” katanya kepada mStar.
Dianggap sebagai seorang yang pandai berdikari kerana sanggup berpisah dengan keluarga untuk menyambung pembelajaran, Cik B memberitahu dia membawa dua pengurus peribadi sebagai peneman.
“Saya ada bawa dua orang pengurus disana. Saya bawa mereka sebab saya ini bukanlah seorang yang berdikari sangat.
“Jadi mereka ini adalah sebagai peneman, cuci baju, lipat kain dan kemas rumah. Kalau saya seorang nanti takut tidak terurus,” ujarnya.
Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan Cik B sudah menamatkan pembelajarannya kerana memuat naik satu hantaran video yang menunjukkan dia menyarung jubah graduasi dan mortar board.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI