MENDAKWA dirinya menjadi mangsa penganiayaan oleh sebuah akademi latihan keusahawanan, penyanyi Noraniza Idris tampil membuat satu laporan polis berhubung perkara itu.
Gara-gara penipuan berkaitan produk makanan ringan miliknya iaitu Cik Ani Premium, Noraniza, 57, mendakwa dia menanggung kerugian dianggarkan bernilai RM630,000.
Ini termasuklah kerugian merangkumi mesin khas pembuatan muruku, percetakan, pembungkusan tertera logo syarikat serta kos upah pekerja.
Noraniza berharap pihak terbabit dapat tampil memberi kenyataan.
“Akademi ini mengambil produk selama lebih sebulan sejak Jun tahun lalu yang dianggarkan sekitar 20,000 pek. Mereka sepatutnya membuat bayaran seminggu sekali, namun pelbagai alasan diberikan.
“Saya terima pelawaan mereka kerana ingin membantu. Lagipun saya memang selama ini sentiasa menyokong aktiviti amal kebajikan.
“Bagaimanapun, niat baik telah dipermainkan apabila pihak terbabit melanggar perjanjian dengan hanya membayar sekitar RM3,000 sahaja dan pembayaran pun dibuat berperingkat,” katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Noraniza Idris kecil hati netizen kritik buat konsert tak ‘gempak’ macam artis lain
ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tak mahu lagi sertai program realiti nyanyian, lebih selesa jadi juri atau mentor
Noraniza memaklumkan berkara itu ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Disebabkan kekangan kewangan itu, Noraniza memaklumkan dia terpaksa merehatkan lebih 10 pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.
“Bagi memenuhi permintaan syarikat terbabit saya perlu menambah kakitangan, namun apabila jadi perkara begini daripada 20 pekerja, kini hanya tinggal empat orang sahaja.
Saya nekad buat laporan polis ini sekurang-kurangnya kami dapat hak kami semula serta membantu orang lain supaya jangan terpedaya dengan orang begini
NORANIZA IDRIS
PENYANYI
“Saya tak boleh tutup perniagaan ini sebab ini bisnes keluarga, jadi mahu atau tidak saya terpaksa teruskan kerana kami masih lagi mendapat permintaan atas talian,” katanya.
Sementara itu, penyanyi lagu Awallah Dondang ini menjelaskan laporan polis dibuat itu bertujuan untuk mendapatkan semula haknya dan bagi menjernihkan keadaan.
“Saya nekad buat laporan polis ini sekurang-kurangnya kami dapat hak kami semula serta membantu orang lain supaya jangan terpedaya dengan orang begini.
Noraniza bersama anaknya, Fee Haiqal membuat laporan polis.
“Saya harap mereka yang terlibat tampil ke depan memberi kenyataan kenapa melakukan penganiayaan begini agar syarikat lain pun boleh lebih berhati-hati,” ujarnya.
Sebelum ini, Noraniza mendakwa dirinya dianiaya sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM630,000 awal tahun ini. Difahamkan, akademi terbabit menawarkan peluang di platform mereka untuk penjualan produk makanan iaitu muruku yang diusahakan oleh Noraniza.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube