suria

Tiada beza sambut Aidilfitri sebagai duda, Hisyam Hamid masih beraya bersama bekas isteri

DUA tahun beraya sebagai duda, pelakon Hisyam Hamid berkata ia tidak memberikan sebarang perubahan terhadap dirinya memandangkan dia dan bekas isteri masih lagi menjalinkan hubungan yang baik.

Malah kata Hisyam atau Hisyam Abdul Hamid, 40, dia dan bekas isteri iaitu Rosmawati Hanafi tidak kekok bersama-sama menziarahi saudara-mara di hari raya.

“Raya saya sama sahaja seperti tahun lepas walaupun ini tahun kedua saya tidak lagi ada pasangan. Saya dan bekas isteri masih baik dan jalan raya bersama-sama.

“Jadi untuk persekitaran anak-anak sambut raya itu, mereka masih dapat beraya bersama ibu dan ayah. Tiada perbezaan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi