BEKAS rakan kongsi perniagaan Zahnita dikenali sebagai Nur Hanisah bersedia menerima sebarang tindakan susulan pendedahannya mengenai konflik rumah tangga model itu dengan suami iaitu Ahmad Zackery.
Tidak bimbang sebarang kemungkinan, Hanisah atau Nur Hanisah Mohd Fauzi, 32, berkata, niatnya berkongsi perkara sebenar adalah kerana mahu menyelamatkan anak-anak Zahnita daripada terus dikecam netizen.
“Saya tidak mahu dedahkan awal sebab pada mulanya saya seperti netizen juga yang kasihan kepada Zahnita. Namun apabila sudah lama mengenali dan kerja bersamanya, saya sudah tahu perangainya dan perkara tersebut sikit demi sikit terdedah. Dia sendiri yang maklumkan kepada kami.
“Jadi, saya hanya cerita apa yang dia maklumkankan saya. Terpulang kepada netizen mahu percaya atau tidak. Kalau Zahnita rasa cerita ini tidak betul, dia boleh hantar surat saman kepada saya. Saya tidak takut dan dia (Zahnita) tahu apa yang saya tahu (kebenaran).
“Saya buat ini hanyalah mahu Malaysia tahu yang suami dia (Abdul Zackery) tidak 100 peratus salah,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI