suria

Drama tetap nombor 1 dalam hati Shukri Yahaya, tak mahu memilih takut tenggelam

KEHEBATAN lakonan yang ditunjukkan Shukri Yahaya dalam filem Blood Brothers membuatkan nama pelakon tersebut menjadi rebutan dalam kalangan pengarah. 

Kata Shukri, 37, sehingga kini dia sudahpun mendapat dua tawaran lakonan filem daripada pengarah terkenal seperti Syafiq Yusof dan juga Adrian Teh. 

Bagaimanapun jelas Shukri, dia terpaksa menolak kedua-duanya memandangkan dia sudah menerima tawaran untuk berlakon dalam drama terlebih dahulu.

“Saya sayang drama. Saya anggap drama ini adalah sekolah untuk belajar manakala filem tempat untuk praktikkan apa yang sudah belajar. 

“Saya tidak akan kurangkan drama, saya akan ambil juga sebab drama tetap nombor satu dalam hati saya. Kita ini bukan ‘Bollywood’ nak memilih untuk ekslusif kan. Takut nanti kita tenggelam dan orang tak pecaya lakonan kita. 

“Untuk sekarang ada beberapa filem yang saya terpaksa tolak sebab sudah janji dengan pihak produksi buat drama,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi