suria

[V] Gelang manik di tangan Nadhir Nasar curi tumpuan, rupanya hadiah istimewa daripada peminat

DILIHAT memakai gelang manik, pelakon Nadhir Nasar tidak berasa malu memperagakan perhiasan tersebut yang merupakan pemberian peminat.

Sebaliknya Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 29, berkata, itu cara dia menghargai pemberian peminat yang sentiasa menyokong karier seninya selama ini.

Nadhir sayang dan hargai peminat-peminatnya.

"Saya tidak malu untuk pakai hadiah yang diberikan peminat buat saya.

"Contohnya macam gelang dan rantai yang saya pakai ini semuanya hadiah sewaktu sesi ramah mesra bersama peminat.

"Mereka ada dan sokong sepanjang  karier saya dan sangat menghargainya,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Untuk Kome Aje” - Rumah terbuka Nadhir Nasar meriah, rai peminat di Kuala Kangsar datang beraya

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar tertarik aura ‘Mek Kelate’, cari calon isteri asal Pantai Timur sebab suka makan budu

Dalam pada itu, Nadhir memberitahu dia akan menyimpan setiap hadiah pemberian peminat dengan baik sebagai cara menghargai usaha mereka membeli barangan tersebut.

Malah Nadhir tidak bimbang jika barang-barang diterimanya ada maksud atau niat tertentu kerana Allah SWT sentiasa ada melindunginya.

"Saya memang simpan semua hadiah yang peminat berikan sebab saya sayang mereka.

Nadhir sewaktu pelancaran kerjasama Under 18 X Klepet.

"Lagipun saya bekerja di atas jalan Tuhan dan saya berserah sahaja pada Allah dan husnuzon.

"Alhamdulillah setakat ni belum dapat lagi hadiah yang pelik-pelik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nadhir bakal tampil dengan sebuah filem aksi komedi yang dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia