suria

Linda Rafar ikut fesyen, baju tak terlalu seksi masih tutup aurat... Artis lain pun pakai style sama

MENERIMA kecaman gara-gara pemakaiannya yang dianggap seksi, penyanyi Linda Rafar mengalami anxiety sehingga muntah-muntah.

Menurut Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 47, pakaian digayakan semasa sidang media Konsert Elite itu tidaklah keterlaluan dan disediakan oleh pihak pengurusan.

Kata Linda, disebabkan komen melampau itu juga membuatkannya dia terfikir untuk menarik diri daripada menyertai konsert yang bakal berlangsung pada September depan.

“Apa yang buat saya marah adalah mereka kata saya penunggang agama dan pelajar Ustaz Wadi. Ini bagi saya paling sensitif. Itu yang membuatkan saya anxiety dan down.

“Saya jelaskan dekat sini, pakaian tersebut langsung tidak nampak leher saya, dan ya memang baju ketat, tetapi tidaklah terlalu seksi. Bagi saya ia adalah fesyen,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Linda juga berpendapat komen negatif itu dibuat adalah bagi tujuan untuk menjatuhkannya.

“Kebanyakkan yang komen itu adalah akaun palsu. Saya syak bahawa mereka yang buat itu bertujuan untuk menjatuhkan saya, bukan sahaja saya, malah keluarga juga rasa seperti itu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi