suria

Lagu ‘leman’ masih ada peminat, Tomok harap tak disisihkan pencalonan anugerah muzik

PENYANYI Tomok berharap pihak juri dapat memberi ruang kepada lagu ‘leman’ atau lagu balada berentak perlahan diketengahkan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) serta pentas anugerah berprestij lain.

Menurut Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 41, dia memahami pihak juri dan industri muzik kini lebih memilih karya moden, namun berpendapat genre tersebut juga adalah sebahagian daripada identiti muzik tempatan.

“Bagi saya untuk dalam mana-mana anugerah contohnya seperti AJL (Anugerah Juara Lagu), tidak salah kalau mahu letak satu lagu leman. Sebab lagu ini banyak peminat juga.

“Janganlah lupa akar umbi yang menaikkan nama muzik negara kita. Saya faham yang mereka mahukan muzik moden, tetapi tak salah kalau letak lagu leman juga didalamnya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi