GARA-GARA sering mempamerkan kemewahan di media sosial, nama personaliti media sosial Prince Syed Shahid turut dipetik netizen kononnya terlibat aktiviti tidak bermoral.
Menjawab mengenai perkara itu, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif menjelaskan dia tidak pernah melibatkan diri dengan mana-mana kegiatan haram itu malah kekayaan dimiliki adalah hasil titik peluhnya dalam bidang perniagaan.
“Ada yang komen dan mengata saya kaya dan jadi jutawan ni sebab melakukan pekerjaan sisi gelap atau haram, apa gunanya saya bersekolah tahfiz atau belajar ilmu agama sekiranya melakukan pekerjaan itu.
“Kalau saya melakukan pekerjaan itu mungkin saya tidak akan diterima tuhan, malah memalukan keturunan saya kalau sekadar nak kejar populariti dengan cara macam itu.
“Orang semua tahu saya meniaga produk dan makanan laksa jadi saya cari rezeki halal, jangan risau saya memang menjaga perkara itu baik nama sendiri atau keluarga,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI