suria

“Saya tidur sana okay saja” - Ramli MS kata gangguan terhadap penyanyi tiada kaitan mistik tapi sains

PENGARAH muzik Datuk Ramli MS menafikan dakwaan kononnya kejadian yang berlaku terhadap penyanyi semasa membuat persembahan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dikaitkan dengan unsur mistik atau ‘keras’ seperti yang tular baru-baru ini.

Sebaliknya, Ramli atau lebih dikenali sebagai Tok Ram, 66, menjelaskan semua kejadian yang berlaku antaranya penyanyi pengsa ketika persembahan adalah disebabkan oleh faktor sains dan kesihatan.

“Saya sudah berada dekat MBSA itu banyak tahun. Benda yang berlaku itu semua tidak mempunyai kaitan dengan mistik. Malah sebaliknya ia adalah berkaitan dengan sains. Saya sendiri tidur dekat sana, tiada apa-apa.

“Sudah beberapa kes yang peserta pengsan dan sebagainya, bukanlah sebab mereka kena rasuk. Saya ini pengarah muzik, jadi bersama mereka selama tiga hari. Saya tahu masalah mereka.

“Menyanyi ini memerlukan banyak tenaga, kalau perut kosong, memanglah akan tumbang, dan banyak lagi puncanya. Itu semua berkaitan sains,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi