suria

Ben Amir lebih tenang menetap di Pulau Siargao, rasa serabut hidup di Kuala Lumpur

SUDAH menetap sepenuhnya di Filipina, pelakon Ben Amir berkata dia masih belum terfikir untuk menamatkan karier lakonan di Malaysia.

Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 35, bagaimanapun berkata fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya baharu dalam bidang perniagaan di negara tersebut sehingga membuatkan dia menjadi lebih selektif dalam tawaran lakonan yang diterimanya.

“Saya rasa saya tak boleh tinggalkan dunia lakonan. Cuma apa yang boleh saya lakukan adalah memilih naskhah terbaik. Saya hanya akan terima satu tawaran filem sahaja dalam setahun.

“Untuk drama pula, pada awalnya saya memang tidak mahu terlibat kerana mahu fokus kepada filem. Tetapi bila tengok skrip Khianat Yang Terpilih, rasa rugi pula kalau saya tolak sebab watak ini memang tidak pernah saya bawakan sebelum ini,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Ben mengakui lebih tenang menetap di Pulau Siargoa berbanding kehidupan di Kuala Lumpur yang lebih serabut dan mencabar.

Dalam perkembangan lain, Ben akan tampil dalam satu drama Akasia: Khianat Yang Terpilih yang bakal bersiaran pada tahun depan di TV3.

Selain Ben, pelakon lain yang akan membintangi drama tersebut ialah Amyra Rosli, Puteri Aishah dan Ikmal Amry.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi