VODCAST Kenot Brain kali ini menampilkan duo ibu dan anak, iaitu penyanyi Ina Naim serta Ehmad Hadie.
Dalam sesi podcast itu, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 41, berkongsi mengenai hala tuju yang ingin ditentukan buat Hadie yang kini semakin meningkat naik dalam dunia hiburan.
Selain membincangkan karier Hadie, Ina turut membuka kisah peribadinya sendiri antaranya mengenai amanat bekas suami iaitu Allahyarham Suhaimi Saad, hubungan bersama bekas tunang iaitu Mawi serta pelbagai pengalaman lain yang pernah dilalui.
Banyak lagi perkongsian menarik yang diceritakan Ina dalam episod podcast kali ini.
TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































