suria

Bekas isteri buat pendedahan, dakwa Idzham Ismail panas baran, kaki maki… “Saya mampu gelak saja bila baca”

PELAKON Idzham Ismail memilih untuk tidak membalas kenyataan bekas isterinya, Siti Nur Abilah di media sosial yang mendakwa dia seorang panas baran dan ‘kaki maki’.

Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 38, berkata dia juga enggan mengambil pusing terhadap mana-mana komen netizen yang mudah mempercayai perkara itu tanpa usul periksa. 

“Saya tak nak betulkan apa-apa, tapi kalau orang luar baca dan anggap saya macam itu, terpulanglah. Lagipun sejak awal bercerai memang orang dah label saya macam-macam.

"Jadi saya malas nak komen banyak. Lebih baik saya diam saja sebab isu yang berlaku (dengan bekas isteri) sudah lama selesai. Jadi buat apa ungkit perkara lama, bila baca (apa ditulis) saya gelak saja,” katanya.

Tambah Idzham, dia meminta supaya orang ramai tidak membuat spekulasi tidak benar mengenainya dan bekas isteri yang boleh mengeruhkan kembali keadaan.

“Individu yang tahu cerita sebenar hanya saya dengan dia saja. Orang luar cuma tahu luahan dia saja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Idzham berkata dia kini memilih untuk tidak lagi melayan sebarang kenyataan di media sosial kerana tidak mahu membuang tenaga menjelaskan perkara sama berulang kali.

Untuk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Abilah pada Ogos 2016 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama iaitu Nur Sofea Inara, 9, serta Muhammad Idrus, 6 tahun.

Pada 4 November 2025, Mahkamah Rendah Syariah Klang Selangor mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Idzham terhadap Abilah pada awal Oktober.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi