suria

Ramai lelaki muda cuba ‘masuk jarum’, Mas Idayu belum terbuka hati kahwin lagi

PENYANYI dangdut Mas Idayu mengakui dia sering menerima mesej daripada golongan lelaki muda yang mahu berkenalan dengannya di media sosial.

Mas Idayu atau mesra disapa Mummy berkata, kebiasaannya individu berkenaan memulakan perbualan dengan memuji nyanyiannya sebelum cuba mendekati dengan lebih rapat.

“Mummy memang daripada dulu lagi selalu saja dapat perhatian golongan lelaki muda, siap puji cantiklah.

 “Tapi biasanya mereka puji nyanyian atau lagu-lagu Mummy dulu, lepas tu barulah cuba nak berkenalan. Tapi Mummy tak balas pun walaupun ada yang handsome, tinggi semua.

“Motif puji lagu raya, lepas tu dia masuk daun, tapi Mummy okay, faham. Cuma tak terbuka lagi pun sebab rasanya lebih sesuai untuk anak Mummy,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mas Idayu mengaku selesa menjalani kehidupan tanpa terikat dengan komitmen perkahwinan.

“Saya okay saja berkawan, tapi untuk kahwin itu belum ada niat lagi sebab sekarang saya lebih selesa fokus pada diri sendiri dan kerja,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi