suria

Haqiem Stopa tak ‘give up’ demi masa depan Hud Thalhah

PERSONALITI media sosial Haqiem Stopa mengakui anak lelakinya iaitu Hud Thalhah menjadi punca utama dia terus bekerja keras memajukan perniagaan walaupun sering berdepan pelbagai kecaman.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Haqiem Mohd Stopa,26,  dia sanggup mengetepikan keinginan diri sendiri demi memastikan masa depan anaknya terjamin.

“Beberapa peratus daripada apa yang saya buat sekarang memang saya simpan untuk masa depan anak.

“Ada nampak saya hidup mewah pakai jam tangan Rolex, pakai iPhone 17 Pro Max, pergi travel sana sini?

“Memang tiada sebab apa sahaja hasil yang saya dapat, saya akan simpan dan belanjakan untuk keluarga. Memang hidup mati saya itu sahaja,” katanya.

Menurut Haqiem, dia tidak boleh mengalah atau putus asa demi memastikan masa depan anaknya terjamin. 

“Kalau saya nak berhenti daripada media sosial disebabkan kecaman orang, sampai hari ini walaupun semua benda dah selesai. Tapi orang masih lagi nak serang fasal benda-benda lama.

“Saya nak berhenti (media sosial), anak saya nak makan apa? Anak saya sampai dia besar, saya kena bagi makan. Saya kena tanggung,”luahnya

Dalam perkembangan lain, Haqiem bakal melebarkan perniagaan restoran Ayam Gepuk Netizen yang dijangka beroperasi di Sungai Merab, Kajang pada pertengahan April ini.

 

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi