suria

Jangan main-main! Nabila Huda boleh jadi ‘singa’, jerit pelakon hilang fokus di lokasi penggambaran

PELAKON Nabila Huda percaya rakaman pertama dalam mana-mana penggambaran adalah yang terbaik.

Kata Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 42, majoriti produksi yang sudah bekerjasama tahu mengenai komitmen yang diberikan olehnya semasa berada di set.

Malah, dia berpegang kepada prinsip rakaman pertama untuk sesuatu babak adalah rakaman terbaik.

"Bagi saya take (rakaman) pertama adalah sentiasa take yang terbaik.

"Saya pasti majoriti produksi pernah bekerja dengan saya tahu take pertama saya itulah yang akan saya beri 110 peratus.

"Tapi tetap kena bersedia untuk take kedua kadang-kadang mungkin ada masalah teknikal lain," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila mengakui tidak teragak-agak menegur pelakon lain yang hilang fokus terutamanya rakan gandingan.

Ini kerana kehadiran mereka tanpa persiapan boleh menjejaskan mutu lakonan pelakon dan kru lain.

"Saya akan terus jerit dekat mereka. Perkara ini selalu berlaku, jeritkan sebab kita sebagai pelakon kena sentiasa fokus.

"Bila jadi pelakon, itu adalah satu pekerjaan dan jangan main-main. Datang lokasi penggambaran kena dalam keadaan bersedia."

"Kalau masuk set dalam keadaan tak bersedia, sebab itulah mereka akan kekok dan tak faham dialog," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi