suria

Enam tahun Abiejam cari Azar Azmi, nak tuntut hutang RM15,000

ABANG kepada pempengaruh Siti Jamumall iaitu Abiejam mendakwa pelakon Azar Azmi masih belum melunaskan hutang berjumlah RM15,000 sejak enam tahun lalu.

Abiejam atau Mohd Khairul Nizam Wahiddin berkata, wang tersebut diberikan sebagai bantuan untuk Azar memulakan perniagaan termasuk menyediakan barangan dan sokongan siaran langsung di media sosial.

Menurut Abiejam, pelakon itu didakwa menghilangkan diri selepas menerima bantuan dan gagal dihubungi sehingga kini.

“ Dulu saya pernah bantu Azar waktu dia susah jadi kami berikan barang untuk memulakan perniagaan tapi bila sudah dapat duit dan barang tu hilang macam tu saja pada lima tahun sebelum ini.

“Memang lama saya diam, tapi sampai sekarang tiada sebarang respon Ini bukan nak tumpang populariti, ini soal hutang  bila saya cuba hubungi banyak kali tapi tak berjawab malah mesej pun tak dibalas,” katanya kepada mStar online.

Dalam pada itu, Abiejam menegaskan dia mempunyai bukti lengkap dan bersedia berdepan tindakan undang-undang sekiranya kenyataannya tidak benar.

Dia juga masih terbuka untuk menyelesaikan perkara itu secara baik, namun mahu Azar tampil berjumpa terlebih dahulu.

Terdahulu dalam satu siaran langsung menerusi aplikasi TikTok, Azar Azmi menerima bantuan wang tunai RM40,000 daripada usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi