suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadia Brian sambut Aidiladha sederhana, masih sedih pemergian adik ipar tersayang

PELAKON Nadia Brian menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini secara sederhana susulan pemergian adik iparnya iaitu Ahmad Adlee Chan Ariffin pada awal Mei lalu.

Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata kehilangan tersebut memberi kesan besar kepada keluarganya apatah lagi adik perempuannya baru sahaja menimang cahaya mata sulung.

Kata Nadia, adiknya iaitu Nurlis Lydia Mohamed Rashidi kini kehilangan tempat bergantung selepas pemergian suami tercinta.

“Raya tahun ini memang sangat lain sebab kami baru saja kehilangan ahli keluarga rapat iaitu adik ipar saya yang meninggal pada awal Mei lalu jadi sambutan tu macam kurang meriah sikit.

“Memang selalunya raya haji ni untuk keluarga kami tidak meriah sangat tapi untuk tahun ni lagi rasa lain sebab macam sedih sikit, adik saya kehilangan tempat bergantung malah anak baru saja lahir tidak sampai setahun.

“Walau apa pun saya dan ahli keluarga lain akan membantu adik perempuan saya tu sekiranya perlukan bantuan sebab anak masih kecil dan baru pula kehilangan suami jadi kami sentiasa ada,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi