suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raya pun kerja! Chiwan dan Kai Hassan sampai ‘bertumbuk’ rebut cuti, cerita pengorbanan sempena Aidiladha

BUKAN mudah menjadi seorang penyampai radio, apatah lagi apabila terpaksa bekerja ketika orang lain dapat bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Istimewa #Bizibody Aidiladha ini, mStar sempat terjah ke konti Suria FM bertemu dua penyampai segmen Chill Petang Suria iaitu Chiwan dan Kai Hassan.

Kata Chiwan, jadual kerja sebagai penyampai radio sememangnya menuntut komitmen tinggi lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

Malah, kedua-dua mereka sempat bergurau kononnya berlaku insiden ‘bertumbuk’ semata-mata mahu merebut cuti raya, namun akhirnya memilih untuk terus bekerja demi tanggungjawab terhadap kerjaya.

Dalam pada itu, Kai pula mengakui pengorbanannya tahun ini lebih terarah kepada keluarga, khususnya cahaya mata sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Kata Kai, dia sanggup berhabis demi membuat persiapan terbaik selepas lima tahun menantikan kehadiran zuriat bersama isterinya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi