suria

Dah tidur lama tapi ‘petunjuk’ tak hadir dalam mimpi... Rupanya ini cara kenali jawapan istikharah

Jawapan kepada solat istikharah tak semestinya hadir menerusi mimpi. -Gambar hiasan

ISTIKHARAH merupakan satu cara untuk memohon petunjuk dan jalan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dihadapi.

Ianya adalah satu sunnah yang diajarkan Nabi SAW kepada umatnya.

Apabila seseorang melakukan istikharah, maka Allah SWT akan memberikan taufiq dan hidayah kepada orang yang melaksanakannya untuk menyempurnakan urusannya dengan sebaik mungkin.

Namun, sudah menjadi kepercayaan masyarakat kita yang jawapan istikharah seseorang mestilah datang dalam bentuk mimpi ketika tidur.

Hal ini seperti yang didakwa banyak pihak apabila melihat salah satu pilihannya di dalam mimpi, lalu mereka memilih berdasarkan mimpinya tersebut.

Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, tiada sandaran di dalam syarak dan tidak disyaratkan jawapan tersebut hadir melalui mimpi sahaja.

malam

Biasanya orang membuat solat istikharah kerana mahu meminta petunjuk jodoh dan kerjaya. -Gambar hiasan

Bahkan, para ulamak menyatakan antara petunjuk yang diberikan Allah SWT kepada orang yang melaksanakan istikharah ialah dengan dilapangkan dadanya dalam membuat keputusan.

Hal ini disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Adzkar dengan berkata:

Maksudnya: Dan apabila seseorang itu selesai melaksanakan istikharah, maka hendaklah dia melakukan urusannya menurut apa yang dilapangkan dadanya untuk membuat keputusan. WaAllahu a’lam. (Rujuk al-Adzkar al-Nawawiyyah, 2:241)

Walau bagaimanapun, jika masih tidak dilapangkan dada atau masih berasa ragu-ragu terhadap pilihan, maka hendaklah mengulangi istikharahnya sehingga dia merasa lapang dadanya untuk memilih.

Kesimpulan

Berdasarkan hujahan di atas, disimpulkan bahawa tidak disyaratkan untuk bermimpi bagi mendapat jawapan istikharah, bahkan tidak memerlukan apa-apa petunjuk melainkan dengan dilapangkan dadanya dan dipermudahkan urusan.

Jadi, apabila seseorang melakukan istikharah, hendaklah dia melakukan hal urusannya seperti biasa berdasarkan apa yang dilapangkan hatinya dan dimudahkan urusannya, serta tidak menunggu untuk mendapat jawapan dalam bentuk mimpi atau seumpamanya.

Hal ini kerana istikharah yang dilakukan adalah untuk kita memohon pengakhiran yang baik kepada Allah SWT terhadap urusan yang kita usahakan.

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?