suria

Kecoh makcik buat live solat tarawih, pegang telefon baca ayat al-Quran... Ini penjelasan mufti

Tindakan wanita ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen sama ada solatnya sah.

KECOH di media sosial apabila seorang wanita melakukan sesi siaran langsung (live) di TikTok ketika menunaikan solat tarawih pada Ahad lalu.

Menerusi video yang tular di media sosial, tindakan wanita berkenaan memegang telefon bimbit dipercayai untuk membaca ayat al-Quran turut mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum membaca al-Quran dengan melihat mushaf adalah harus bagi solat fardu mahupun solat sunat sekiranya perbuatan itu boleh menambah kekhusyukan dalam solat.

Namun begitu, tindakan tersebut tidak digalakkan kerana bimbang makmum mungkin terlepas untuk melakukan beberapa perkara sunat dalam solat yang lebih utama.

Antaranya seperti menumpukan pandangan ke tempat sujud, mendekap tangan ketika berdiri dan mengakibatkan pergerakan yang banyak dalam solat tanpa keperluan mendesak.

Makmum tidak digalakkan memegang mushaf kerana bimbang terlepas perkara sunat dalam solat. -Gambar Hiasan

Dalam pada itu, imam atau individu yang solat bersendirian juga tidak tidak digalakkan memegang mushaf malah disarankan untuk membaca surah yang dihafal tanpa melihat mushaf sekiranya tiada keperluan mendesak.

Sebagai kesimpulan, perbuatan melihat mushaf atau telefon bimbit bagi mereka yang masih belum menghafal surah adalah dibenarkan dalam solat asalkan ia tidak mengganggu kekhusyukan.

Sementara itu, menurut portal Konsultasi Syariah, seseorang yang sedang solat (termasuk Imam) dibenarkan melakukan pergerakan tertentu jika bertujuan menyempurnakan solat. 

Contohnya, imam memegang mikrofon ketika solat berjemaah, mendukung anak kecil yang mungkin menangis jika ditinggalkan atau imam dan membunuh haiwan berbahaya.

 

Artikel Lain