suria

Kerap pedih perut? Jangan ambil ringan, anda mungkin alami ulser peptik

Ada segelintir pesakit ulser peptik yang tidak berdepan sebarang simptom. -Gambar Hiasam

SIAPA sangka rasa pedih perut yang dianggap biasa merupakan antara simptom kepada penyakit ulser peptik.

Walaupun kesakitan itu akan hilang namun ia pasti akan berulang kembali malah menjadi lebih teruk apabila perut kosong.

Meskipun begitu, ada juga kes yang mana pesakit tidak mengalami sebarang simptom tetapi disahkan menghidapi penyakit berkenaan.

Apakah itu ulser peptik?

Meurut portal Hello Doktor, ulser peptik berpunca daripada luka atau ulser menyakitkan yang berkembang pada lapisan atau bahagian pertama usus kecil (duodenum).

Ia berlaku apabila asid perut membersihkan lapisan lendir pelindung pada saluran pencernaan sehingga menyebabkan pendarahan dalaman.

Untuk info, saluran pencernaan manusia dilapisi dengan lendir yang biasanya memberi perlindungan daripada asid, namun sekiranya jumlah asid berlebihan atau jumlah lendir berkurang, ia berisiko untuk mengalami ulser.

Terdapat dua jenis penyakit ulser peptik:

1) Ulser gastrik. Berlaku pada lapisan perut

2) Ulser duodenum. Berkembang pada bahagian atas usus kecil.

Penyakit ulser ini berisiko terjadi kepada individu semua peringkat usia namun lazimnya ia cenderung berlaku kepada orang dewasa dengan gaya hidup tidak sihat. 

Tabiat merokok berisiko meningkakan risiko ulser peptik. -Gambar Hiasan

Faktor risiko mengalami ulser peptik

Berdasarkan statistik, 1 daripada 10 individu cenderung bedepan serangan ulser disebabkan faktor risiko ini:

1) Penggunaan ubat antiradang nonsteroid (NSAID) yang kerap

2) Tabiat minum alcohol

3) Asap daripada tabiat merokok boleh meningkatkan risiko ulser peptik pada individu yang dijangkiti bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) berlebihan pada saluran pencernaan

4) Mengalami masalah kesihatan seperti penyakit hati, buah pinggang atau paru-paru

5) Sejarah keluarga menghidap ulser

6) Stres yang tidak terkawal

7) Gemar makan makanan pedas

Amalan gaya hidup sihat penting untuk mencegah penyakit ulser peptik. -Gambar Hiasan

Rawatan dan cara pencegahan:

Kebanyakan ulser peptik boleh sembuh melalui rawatan awal dan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Bagaimanapun sekiranya ia tidak dirawat, komplikasi penyakit akan berlaku teramsuk pendarahan dalaman, lubang pada dinding perut, sekatan pada laluan makanan dalam saluran pencernaan atau kanser gastrik.

Justeru, orang ramai disarankan untuk menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan bagi mencegah jangkitan serta menerapkan diet seimbang seperti makan buah-buahan, sayuran dan gandum penuh.

Artikel Lain

Nas Ahmad meninggal dunia