suria

Pernah rasa meluat tengok pasangan? Tiga kaedah ini mungkin boleh bantu anda selesai masalah tawar hati

Tawar hati menyebakan wujud rasa benci setiap kali melihat pasangan.

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ingin mengecapi kebahagiaan walaupun tak lekang dengan pelbagai ujian.

Namun jika ketegangan kerap berlaku dalam hubungan, lama-kelamaan ia dikhuatiri mengundang rasa tawar hati dalam diri salah seorang pasangan.

Menurut kaunselor perkahwinan Fadzli Aziz, tawar hati tidak berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya ia mengambil tempoh masa bertahun-tahun untuk perasaan itu timbul.

"Bergantung kepada sedalam mana pasangan kita tawar hati. Tawar hati bukannya berlaku sekejap, ia berlaku dalam tempoh yang lama.

"Ia berlaku dalam beberapa fasa termasuk terasa hati, sakit hati, dan makan hati selama berbelas tahun, kemuncak bagi perasaan itu adalah tawar hati," katanya menerusi hantaran di TikTok.

Tambah Fadzli, antara tanda-tanda seseorang itu mengalami tawar hati apabila wujud perasaan negatif seperti kurang senang atau benci setiap kali melihat pasangan.

Malah segala perkara yang dilakukan oleh pasangan dirasakan serba tidak kena pada matanya.

"Mereka tidak pandang lagi kebaikan kita bahkan timbul rasa benci melihat sebahagian daripada benda baik yang kita lakukan kerana sudah sampai kemuncak.

Perasaan tawar hati lazimnya muncul kerana konflik yang tidak selesai.

"Kita ada atau tidak, dia tidak hiraukan pun. Kewujudan kita langsung tidak penting bagi mereka," ujarnya.

Meskipun kedengaran bagai tiada penyelesaian, Fadzli yakin hubungan itu masih boleh diperbaiki dengan beberapa cara:

1. Perbanyakkan berdoa

Memohon keampunan atas dosa-dosa silam dan meminta petunjuk daripada Allah untuk membuka pintu hati pasangan yang tawar hati.

2. Berusaha ubati luka dengan pujukan 

Kita andaikan luka tawar hati itu seperti lubang sedalam 5 meter, maka kita perlukan tanah (usaha) sedalam 6 meter untuk timbus dan tutup semula lubang itu.

Oleh itu, usaha memujuk memerlukan kesabaran dan strategi yang bijak agar akar kepada masalah hubungan itu dapat diperbaiki.

3. Sabar dengan penolakan

Kalau kita sudah usaha tetapi ia sentiasa ditolak (rejection), jangan cepat hilang semangat dan teruskan usaha memujuk.

Tidak hairanlah sekiranya mereka bertindak sedemikian, mungkin kerana terlalu lama memendam kesakitan.

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?