suria

Seks lepas gaduh mampu erat semula hubungan suami isteri, ramai tak sedar kesan jangka panjang

Ada pasangan menjadikan seks sebagai cara untuk mendamaikan pergaduhan. -Gambar hiasan AI

SEKS selepas berbaik (make up sex) merujuk kepada hubungan seksual yang berlaku selepas pertengkaran atau perselisihan antara pasangan.

Namun, cara ini lama-kelamaan akan menyebabkan suami isteri terperangkap dalam corak sama, seolah-olah bergantung kepada seks untuk 'reset' hubungan mereka.

Kadang-kala, mereka mungkin menggunakan seks untuk meredakan ketegangan.

Walaupun cara ini boleh memberi kesan positif, ia bukanlah tujuan utama hubungan intim yang memuaskan.

Menurut laman sesawang Choosing Therapy, menggunakan seks untuk memulihkan pergaduhan mungkin menjadi masalah dalam jangka masa panjang.

1. Menggunakan seks sebagai ganti komunikasi

Apabila seks dijadikan penyelesaian utama dalam hubungan, masalah sebenar tidak akan hilang sepenuhnya. 

Kata-kata dan hubungan emosi penting dalam kedua-dua aspek, seks dan pengurusan konflik.

Pergaduhan antara suami isteri menjadi lumrah dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

2. Mengelak isu utama

Apabila seks dijadikan pengalih perhatian daripada masalah sebenar, hubungan boleh jadi ‘buta’ terhadap isu-isu besar yang sedang atau bakal berlaku.

3. Menganggap masalah telah selesai padahal belum

Jika pasangan menggunakan seks untuk ‘selesaikan’ konflik tanpa berbincang mengenai perasaan, pencetus (triggers), atau perancangan untuk masa depan, hubungan itu berisiko mengulangi kesilapan yang sama.

4. Seks dikaitkan dengan pergaduhan dalam hubungan

Apabila seks selalu berlaku selepas pergaduhan, ia boleh menyebabkan detik-detik manis dalam hubungan seperti pagi yang tenang bersama atau sambutan istimewa hilang makna.

5. Seks hanya berlaku selepas pergaduhan

Hubungan mungkin jadi ‘terlatih’ untuk bergaduh demi seks.

Ini boleh mewujudkan corak toksik dan tidak sihat untuk hubungan jangka panjang.

 

 

Artikel Lain