suria

Janganlah malu! Nafas berbau ‘tajam’ ketika puasa berita gembira... Tubuh sedang bakar lemak degil

Nafas seseorang akan berbau apabila tubuh kekurangan air. -Gambar hiasan AI

KEKURANGAN air dalam tubuh akan membuatkan mulut menjadi kering sepanjang tempoh berpuasa.

Situasi itu membuatkan nafas berbau sehingga ada yang mengelak untuk bercakap secara dekat.

Namun sebenarnya, bau nafas ketika berpuasa bukanlah busuk seperti hari-hari biasa atau ketika anda bangun dari tidur.

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, nafas orang berpuasa kebiasaannya berbau tajam seperti buah-buahan masam atau bau cecair pencuci warna kuku (aseton).

"Ramai yang risau dan ingat usus mereka bermasalah atau perut masuk angin teruk.

"Sebenarnya, kalau nafas anda berbau aseton, itu adalah berita baik kerana anda secara rasminya telah masuk ke fasa 'mesin pembakar lemak' (ketosis)," jelasnya.

Tambahnya lagi, keadaan yang berlaku itu menandakan tubuh sedang mengalami proses biologi luar biasa.

Nafas berbau mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja. -Gambar hiasan AI

Nafas berbau mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja. -Gambar hiasan AI

1. Tiada lagi masalah gula dalam darah

Apabila anda berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat yang banyak semasa sahur, simpanan gula (glikogen) dalam hati dan otot akan habis digunakan.

Ia sekali gus membuatkan gula dalam darah anda 'licin'.

2. Kilang lemak mula bekerja

Ketiadaan gula dalam darah akan menyebabkan otak anda mengarahkan badan mencari sumber tenaga alternatif. 

Maka, badan akan mula memecahkan simpanan lemak degil yang terdapat pada perut, lengan dan paha untuk dijadikan bahan bakar utama.

3. Wap aseton disingkirkan

Situasi yang berlaku itu menyebabkan lemak anda terbakar seterusnya menghasilkan sisa bahan sampingan yang dipanggil keton. 

Salah satu jenis keton ini adalah aseton (bahan kimia yang sama baunya dengan pengilat kuku). Aseton bersifat sangat ringan dan mudah meresap masuk ke paru-paru seterusnya dihembus keluar melalui nafas.

Proses yang berlaku itulah membuatkan nafas anda berbau 'tajam'! 

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes perlu berbuka puasa dan segera berjumpa doktor sekiranya nafas berbau aseton dan mula rasa nak pitam serta kerap kencing.

Itu bukan tanda kurus, sebaliknya mungkin komplikasi bahaya dikenali sebagai Ketoasidosis Diabetik (DKA) di mana darah pesakit berasid.

Artikel Lain