TERDAPAT lebih ramai billionaire pada tahun 2024 berbanding mana-mana tempoh dalam sejarah dunia.
Situasi ini menunjukkan golongan terkaya di dunia terus mengumpul harta mereka dalam jumlah yang tidak masuk akal.
Menurut analisis Forbes, tahun lepas 20 individu terkaya di dunia menambah sebanyak AS$700 bilion (RM3.15 trilion) kepada jumlah kekayaan bersih mereka pada tahun 2023.
Walaupun ada billionaire yang membina kejayaan mereka dari bawah, terdapat nama keluarga tertentu yang sering muncul dalam senarai individu terkaya di dunia dari generasi ke generasi.
Walton, Ambani, Koch merupakan antara keluarga terkaya dunia yang tergolong dalam kelompok satu peratus teratas.
Malah, kebanyakan keluarga ini menjadi semakin kaya pada tahun lalu, menurut analisis Bloomberg.
Harta yang diwarisi secara turun temurun menyebabkan golongan keluarga kaya menambah kekayaan. -Gambar hiasan
Berikut merupakan senarai 10 keluarga terkaya di dunia menurut Bloomberg yang diterbitkan menerusi Yahoo! Finance.
10. Thomson
Perniagaan: Thomson Reuters (TRI)
Kekayaan: Generasi ketiga
Nilai bersih keluarga: AS$87.1 bilion (RM391.95 bilion)
9. Wertheimer
Perniagaan: Chanel
Kekayaan: Generasi ketiga
Nilai bersih keluarga: AS$88 bilion (RM396 bilion)
8. Ambani
Perniagaan: Reliance Industries
Kekayaan: Generasi ketiga
Nilai bersih keluarga: AS$99.6 bilion (RM448.77 billion)
Perniagaan popular yang diusahakan oleh keluarga Mars. -Foto Costfoto/NurPhoto via Getty Images
7. Mars
Perniagaan: Mars Inc.
Kekayaan: Generasi kelima
Nilai bersih keluarga: AS$133.8 bilion (RM602.88 billion)
6. Al Saud
Perniagaan: Tidak berkenaan – al Sauds adalah keluarga diraja Arab Saudi.
Kekayaan: Generasi ketiga
Nilai bersih keluarga: AS$140 bilion (RM630.69 billion)
Nilai bersih keluarga Al Saud mencecah RM630.69 billion. -Foto Dan Kitwood/Getty Images
5. Koch
Perniagaan: Koch Inc.
Kekayaan: Generasi ketiga
Nilai bersih keluarga: AS$148.5 bilion (RM668.95 billion)
4. Hermès
Perniagaan: Hermès
Kekayaan: Generasi keenam
Nilai bersih keluarga: AS$170.6 bilion (RM768.85 billion)
Kekayaan keluarga Hermes dijana menerusi perniagaan fesyen mewah mereka. -Foto Jeremy Moeller/Getty Images
3. Al Thani
Perniagaan: Tidak berkenaan – al Thani adalah keluarga pemerintah Qatar.
Kekayaan: Generasi kelapan
Nilai bersih keluarga: AS$172.9 bilion (RM779.01 billion)
2. Al Nahyan
Perniagaan: Tidak berkenaan – al Nahyan adalah salah satu keluarga pemerintah Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kekayaan: Generasi ketiga
Nilai bersih keluarga: AS$323.9 bilion (RM1.459 trillion)
Nilai bersih keluarga Waltons mencecah RM2 trilion. -Foto Beth Hall/Bloomberg via Getty Images
1. Waltons
Perniagaan: Walmart (WMT)
Kekayaan: Generasi ketiga
Nilai bersih keluarga: AS$432.4 bilion (RM1.948 trillion)