PEMERGIAN wartawan veteran, Karam Singh Walia pada usia 67 tahun merupakan satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan negara, khususnya dalam bidang pelaporan alam sekitar.Sepanjang lebih dua dekad berkhidmat, mendiang dikenali sebagai wartawan yang berani, berprinsip serta konsisten mengangkat isu-isu alam sekitar yang sering dipandang sepi. Dengan gaya penyampaian tersendiri yang menggabungkan bahasa mudah, metafora, pantun dan peribahasa, setiap laporannya bukan sahaja menyampaikan maklumat, malah berjaya mendidik serta membuka mata masyarakat.Keberanian mendiang turun ke lapangan, walaupun berdepan risiko, menjadikan namanya antara figura yang dihormati dalam industri media tempatan.Karam Singh Walia merupakan seorang wartawan yang dikenali ramai melalui liputannya berkaitan isu alam sekitar.Berikut merupakan imbas kembali jasa serta fakta penting mengenai perjalanan hidup tokoh ini:1. Wajah sinonim Buletin Utama TV3Sepanjang perkhidmatannya di TV3 dari era 1990-an hingga 2014, mendiang sering muncul dalam Buletin Utama dan menjadi antara figura penting yang mengukuhkan kredibiliti program berita tersebut.2. Gaya penyampaian unik dengan peribahasaKeistimewaan penyampaian Karam Singh Walia terletak pada penggunaan peribahasa dan gaya gerakan tangannya di akhir setiap laporan, sekali gus menjadikan mesej disampaikan lebih berkesan serta mudah difahami masyarakat pelbagai lapisan.ARTIKEL BERKAITAN: Karam Singh Walia meninggal duniaPendekatan ini menjadikan mendiang kekal diingati sehingga kini. Antara ungkapan dan peribahasa yang sering dikaitkan dengan gaya beliau ialah:"Biar putih tulang, jangan kuning gigi.""Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.""Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi ‘shuttlecock’.""Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu."3. Bermula sebagai seorang guruDilahirkan pada 1959 di Teluk Intan, Perak, Karam Singh Walia memulakan kerjaya sebagai guru sekolah menengah sebelum menceburi bidang kewartawanan secara tidak dirancang.Karam Singh menghidapi komplikasi melibatkan hati dan buah pinggang.4. Berdepan risiko ketika menjalankan tugasDalam satu kejadian sekitar tahun 2000 di Brinchang, Cameron Highlands, Pahang, mendiang pernah dikejar individu bersenjata parang ketika membuat liputan berkaitan kerosakan alam sekitar, mencerminkan komitmen tinggi terhadap profesion.5. Penerima pelbagai anugerah berprestijMendiang memenangi empat kali anugerah daripada Malaysia Press Institute bagi kategori Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik (2004 hingga 2007).Selain itu, mendiang turut menerima Anugerah Seri Angkasa serta Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.6. Tampil dalam filem tempatanSelain dunia kewartawanan, mendiang turut membuat penampilan khas dalam filem Kecoh Betul sebagai watak tuan tanah.7. Pemergian dan legasiKaram Singh Walia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 pagi, Isnin di kediamannya di Klang akibat komplikasi penyakit hati dan buah pinggang.Pemergiannya meninggalkan legasi besar dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar.Secara keseluruhannya, Karam Singh Walia bukan sekadar wartawan, tetapi seorang pendidik masyarakat yang menggunakan platform media untuk membawa suara alam ke perhatian umum.