MEMANDANGKAN bulan Ramadan semakin hampir, pekerja yang berpuasa perlu tahu hak mereka, khususnya mengenai waktu rehat.
Pekerja Muslim adakalanya berdepan dengan majikan yang tidak memahami keperluan rehat walaupun mereka sedang berpuasa.
Ada majikan yang beranggapan bahawa pekerja yang berpuasa tidak memerlukan waktu rehat sebagaimana situasi diceritakan seorang perekrut dan jurulatih kerjaya, Farid Affy.
Namun, menurut undang-undang buruh Malaysia, pekerja tetap berhak mendapat rehat walaupun berpuasa.
Menurut Seksyen 60A(1) Akta Kerja 1955, pekerja yang bekerja selama lima jam berturut-turut berhak mendapat rehat minimum 30 minit.
Terdapat akta kerja khas untuk individu berpuasa sepanjang Ramadan.
Ini bermakna, jika waktu kerja bermula pada pukul 8 pagi, pekerja perlu diberikan rehat selewat-lewatnya pada pukul 1 petang selama sekurang-kurangnya 30 minit.
Selepas rehat, mereka boleh menyambung tugas dan tamat waktu kerja pada jam 4:30 petang, kerana tempoh kerja maksimum adalah lapan jam sehari.
Tujuan perkongsian Farid adalah untuk menekankan kepentingan pekerja mengetahui hak mereka agar tidak dieksploitasi oleh majikan.
Jika majikan enggan memberikan rehat yang sepatutnya, pekerja boleh merujuk kepada undang-undang yang telah ditetapkan.