suria

Akhirnya jumpa cara nak halau bari-bari! Lega tiada lagi masalah serangga hurung buah

Kaedah mudah untuk menghalau serangga perosak.

HAIWAN atau serangga perosak sering menjadi ancaman kepada buah-buahan atau makanan yang di simpan di rumah kerana boleh menyebabkan kerosakan. 

Namun, ada satu cara mudah dan selamat untuk mengatasinya tanpa perlu menggunakan bahan kimia yang mahal atau berbahaya.

Seorang pengguna di TikTok dikenali Daisy berkongsi satu kaedah berkesan menggunakan bahan yang mudah didapati di rumah. 

Malah, ia lebih selamat berbanding racun perosak yang boleh mencemarkan makanan dan udara.

Daisy berkongsi tip untuk menghalau haiwan perosak.

Alat dan bahan diperlukan:

1. Bekas atau mangkuk

2. Gula

3. Cuka putih

4. Sabun pencuci pinggan

Cara penyediaan:

1. Campurkan gula, cuka putih dan sedikit sabun pencuci pinggan ke dalam bekas atau mangkuk.

2. Gaul sehingga semua bahan sebati.

3. Letakkan bekas tersebut berhampiran buah-buahan atau tanaman yang sering diserang haiwan atau serangga perosak.

Cara berfungsi

Campuran ini akan menarik perhatian serangga perosak, terutama bari-bari (lalat buah). 

Cecair sabun yang terdapat dalam larutan ini akan menyebabkan serangga terperangkap dan tidak dapat melarikan diri.

Dengan menggunakan kaedah ini, buah-buahan anda akan lebih selamat tanpa gangguan haiwan atau serangga perosak.

Artikel Lain