MEMANG stres dan tidak selesa kalau terdapat nyamuk di rumah.
Bagi yang ada anak kecil dan bayi, rasa bimbang menyelubungi diri kerana gigitan nyamuk boleh menyebabkan kegatalan mahupun alergik.
Menggunakan aerosol bukanlah pilihan terbaik berikutan kandungan bahan kimia yang tinggi akan membahayakan kesihatan si kecil.
Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang pelayar berkongsi kaedah berkesan untuk mengawal nyamuk.
Walaupun hanya menggunakan bahan dapur yang murah, ia memberi kesan maksimum.
Anda pasti berpuas hati melihat bilangan nyamuk mati yang berada di dalam pinggan.
Bahan-bahan:
1. Cecair pencuci pinggan dengan aroma lemon
2. Pinggan berwarna putih
3. Sedikit air
Langkah-langkah:
1. Letak sedikit air ke dalam pinggan berwarna putih.
2. Tambahkan beberapa titisan cecair pencuci pinggan beraroma lemon.
3. Letakkan di tempat yang bersesuaian seperti bawah meja atau kerusi, berhampiran langsir dan di luar rumah.