SEBAGAI aplikasi sosial terkemuka di Malaysia, Omi memanfatkan sepenuhnya pengaruhnya untuk menganjurkan kempen amal ‘Share to Care with Omi’ bagi membantu golongan yang memerlukan sempena sambutan Syawal lalu.
Omi berkolaborasi dengan 10 pempengaruh media sosial dalam kempen 'Share to Care with Omi', menyediakan dana kebajikan untuk setiap pempengaruh. Mereka adalah Cahaya Icha, Liang Chia, Shahbusy, Faisal Suhaimi, Zarul Hafiz, Munir, Toklez, Zarol Zarif, CEO Biezly dan Fariq McFly.
Menariknya, mereka diberikan kebebasan untuk merancang dan melaksanakan projek amal masing-masing dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat pelbagai latar belakang seperti peniaga kecil termasuk golongan rentan yang terdiri daripada warga emas, gelandangan dan haiwan-haiwan jalanan dan terbiar.
Menekankan konsep memberi semudah berkongsi,Omi menggalakkan setiap individu untuk melakukan kebaikan dengan cara yang paling mudah dan berkesan.
Dengan setiap perkongsian video menerusi hashtag #ShareToCareWithOmi, Omi komited menyalurkan sumbangan tambahan bagi membantu lebih ramai individu yang memerlukan.
Mempunyai pengikut seramai 8.8 juta di laman TikTok, Cahaya Icha misalnya berjaya mencuri tumpuan ramai menerusi video kempen 'Do Good Challenge' yang meraih hampir 4 juta jumlah tontonan, serta hampir 30,000 perkongsian.
Omi berkongsi rezeki menerusi kerjasama dengan beberapa pempengaruh terkenal.
Kemurahan hati dan empati yang ditunjukkan oleh pempengaruh itu ketika menyantuni seorang peniaga dan warga emas mencerminkan matlamat Omi untuk memupuk budaya berkongsi rezeki dan kebaikan dalam kalangan komuniti.
Video tersebut menerima banyak reaksi positif dan menggalakkan dalam kalangan warga maya di ruangan komen, dengan kebanyakannya memuji dan menyokong usaha baik yang dilaksanakan itu dapat diteruskan pada masa akan datang.
"Sis pun terharu, rasa mengalir air mata ini. Semoga Omi sentiasa dimurahkan rezeki.
"Saya dan suami kenal dekat Omi, terima kasih Omi dan Icha!
"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, masih ada juga insan mulia dan bermurah hati.
"Semoga Omi diberikan kemuliaan dan keberkatan teruskan usaha membagi-bagi rezeki lagi.
"Omi, saya tak beli lagi baju raya. Semoga ada rezeki untuk saya.
"Saya terharu tengok sokongan Omi untuk orang susah," demikian antara komen warga maya.
Komen warga maya menerusi perkongsian video di akaun TikTok Cahaya Icha.
Perunding Pemasaran Omi, Batrisyia Azizan percaya kuasa media sosial bukan sahaja berkesan dalam menyebarkan mesej positif, bahkah ia membuka peluang kepada komuniti Omi untuk saling menyumbang dalam menjayakan usaha murni tersebut.
"Ramadan adalah masa untuk muhasabah, dan kami berharap kempen ini menjadi peringatan bahawa setiap perbuatan kebaikan, besar atau kecil, adalah penting," katanya.
Objektif utama kempen adalah menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
Mengenai Omi, ia merupakan aplikasi rangkaian sosial yang menawarkan pengalaman temu janji selamat dan menyeronokkan kepada pengguna.
Platform dalam talian ini dilengkapi dengan teknologi pengesahan wajah terkemuka di dunia, dan pasukan pemantau 24/7 untuk memastikan komuniti yang tulen dan boleh dipercayai.
Memiliki lebih 10 juta Global pengguna yang aktif, Omi menyediakan pelbagai ciri interaktif seperti Dating Quiz, Omi Clic, dan Telepath, membolehkan anda berhubung dengan individu yang berkongsi minat dan personaliti yang serasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Omi dan acara akan datang, boleh mengikuti Omi di Instagram atau layari https://omi.sg/