BARANG bersaiz kecil dalam kereta yang nampak remeh sebenarnya boleh mengundang risiko serius kepada keselamatan pemandu dan penumpang. Barangan yang berselerak di lantai kereta misalnya boleh tersekat di bawah pedal, manakala barang di papan pemuka (dashboard) boleh menghalang penglihatan atau menjadi objek berbahaya semasa brek mengejut. Gangguan sebegini boleh meningkatkan kemungkinan kemalangan dalam sekelip mata, terutamanya ketika pemandu sedang terburu-buru atau hilang fokus seketika.1. Barangan berselerak di lantaiBotol air, beg tangan atau peralatan lain boleh tersekat di bawah pedal brek atau klac, menghalang pemandu daripada memberhentikan kenderaan tepat pada masanya.2. Barang di papan pemukaObjek besar atau longgar boleh menghalang pandangan pemandu. Sekiranya berlaku perlanggaran, barangan ini boleh bertukar menjadi item berbahaya di dalam kereta.3. Peranti elektronik dan kabelPeranti yang tidak disimpan dengan betul boleh bergerak dan mengganggu kawalan stereng atau pedal kaki.4. Penumpang tidak mengurus barangan hak milik sendiriObjek besar dalam kereta boleh menghalang pandangan dan menjadi penyebab kemalangan.Kemas kereta secara berkala penting untuk menjaga kebersihan dan keselamatan. -Gambar hiasan AITerdapat empat tip boleh dilakukan bagi mengelakkan kemalangan berpunca daripada barangan dalam kereta:1. Simpan semua barangan dengan teratur menggunakan bekas, dulang atau rak simpanan.2. Pastikan peranti elektronik dan kabel disimpan dengan betul.3. Pastikan lantai kereta bebas daripada barangan atau berselerak.4. Ingatkan penumpang untuk mengurus barangan mereka dengan selamat.