Kerjaya 'live host' sememangnya menjanjikan pendapatan lumayan buat mereka yang berpengalaman. -Gambar hiasan AI
RAMAI menyangka kerjaya sebagai live host di media sosial mampu menjana pendapatan lumayan dengan mudah, kononnya hanya perlu bekerja selama tiga jam sehari dengan bayaran RM100 selama sejam.Dengan pendapatan dikatakan mencecah RM9,000 sebulan, ada yang membandingkan jumlah itu dengan gaji bulanan pekerja korporat. Namun hakikatnya, tugas sebagai live host tidak seindah itu kerana kadar RM100 sejam bukan untuk semua individu, sebaliknya hanya diberikan kepada mereka yang berpengalaman dan mempunyai tarikan tersendiri.'Live host' berpengalaman biasanya ditawarkan kadar bayaran tinggi . -Gambar hiasan AI“RM100 sejam tu level pro. Biasanya mereka dah tak perlu skrip, bercakap lancar, tahu tarik khalayak dan bila live saja terus dapat ratusan penonton,” kata seorang pengguna media sosial.Faktor mempengaruhi bayaran seorang 'live host' termasuk:- Populariti atau sudah dikenali- Keyakinan bercakap di hadapan kamera- Wajah yang mudah tarik perhatian- Keupayaan menjual produk secara spontanBagi live host biasa, terutama yang baru bermula, kadar bayaran selalunya sekitar RM15 hingga RM50 sejam dan itu pun bukan mudah untuk diperoleh.“Nak dapat RM50 sejam pun susah kalau tak ada pengalaman. Kena betul-betul konsisten, rajin belajar dan tingkatkan kemahiran komunikasi,” katanya.Individu itu bagaimanapun berpandangan, kerjaya itu tetap mempunyai potensi besar untuk pendapatan lumayan jika dilakukan dengan serius. "Dengan latihan, disiplin dan jam siaran yang tinggi, seseorang boleh naik ke tahap lebih tinggi.“Bila dah expert, bukan setakat RM100 sejam RM500 hingga RM1,000 sejam pun ada klien yang sanggup bayar,” katanya.Jelasnya, dunia live host bukan jalan pintas untuk kaya sebaliknya ia menuntut usaha, latihan dan kesabaran sama seperti pekerjaan lain.