suria

Tak perlu lagi ikat dengan getah! Lelaki ini ajar cara ‘seal’ semula plastik kerepek guna sudu, senang sangat

Lelaki ini menunjukkan 'trick' untuk mengemaskan semula plastik kerepek. -Foto TT @basriii53

SETIAP kali membuka plastik kerepek atau makanan ringan, ramai yang berdepan masalah sama iaitu sukar untuk menutupnya kembali dengan kemas.

Jika dibiarkan terbuka, udara mudah masuk dan menyebabkan kerepek menjadi lemau.

Biasanya, ramai akan menggunakan getah gelang atau klip khas untuk menutup plastik tersebut. 

Namun cara itu kadangkala agak leceh, terutama jika getah atau klip tiada di rumah.

Rupanya ada cara kreatif untuk mengemaskan semula plastik kerepek supaya kelihatan seperti belum pernah dibuka.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pemilik akaun bernama @basriii53 berkongsi satu trik mudah yang hanya menggunakan tiga barangan sedia ada di rumah.

Antara barangan yang diperlukan ialah:

- ⁠Sudu

- ⁠Pemetik api

- ⁠Salotape

Menurut perkongsian tersebut, langkah pertama adalah melekatkan pemetik api pada bahagian tengah batang sudu menggunakan salotape supaya kedua-duanya bercantum.

Apabila mahu menggunakannya, nyalakan pemetik api selama beberapa ketika sehingga diyakini bahagian hujung batang sudu menjadi panas.

Seterusnya, tekan bahagian batang sudu yang panas itu pada permukaan plastik kerepek yang terbuka.

Hasilnya, plastik tersebut akan melekat semula dengan kemas seolah-olah seperti keadaan asal, sekali gus membantu mengelakkan kerepek daripada masuk angin dan menjadi lemau.

Selamat mencuba!

Artikel Lain