suria

[V] “Tak sampai seminit keluar asap!” - Lelaki tunjuk bukti bahaya tinggal botol air dalam kereta, silap hari bulan boleh terbakar!

Cahaya matahari yang menembusi botol air boleh menyebabkan kebakaran berlaku.

PENINGKATAN suhu cuaca bukan sahaja memberi kesan kepada keselesaan harian malah boleh mendatangkan risiko jika aspek keselamatan diabaikan.

Seorang lelaki tampil berkongsi peringatan kepada orang ramai mengenai bahaya meninggalkan botol berisi air di dalam kenderaan yang diparkir di kawasan tidak berbumbung.

Menurutnya, tindakan itu nampak remeh tetapi sebenarnya mengundang risiko kebakaran terutamanya apabila kenderaan terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh lama.

Jelasnya, pancaran cahaya matahari yang menembusi botol air berkenaan boleh bertindak seperti kanta pembesar, sekali gus menumpukan cahaya ke satu titik tertentu.

Keadaan itu berpotensi menghasilkan haba tinggi yang mampu merosakkan permukaan tempat duduk, terutama yang diperbuat daripada material kulit.

Dalam video yang dikongsikan [Tonton Video], lelaki itu menunjukkan demonstrasi dengan meletakkan botol berisi air di atas permukaan sarung kusyen kulit.

Tidak sampai satu minit, bahagian yang terkena cahaya tersebut mula mengeluarkan asap akibat terbakar, sekali gus meninggalkan kesan berlubang pada permukaan berkenaan.

Sehubungan itu, dia menyarankan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak meninggalkan botol air di tempat terdedah dalam kereta.

Sebaliknya, botol berkenaan boleh disimpan di bawah tempat duduk atau di kawasan yang tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari sebagai langkah paling selamat.

Artikel Lain