suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak borong buku murah di PBAKL 2026? Ini 10 tip padu Mutalib Uthman supaya poket tak ‘koyak’

tip beli buku murah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PBAKL 2026, Dubook Press, Mutalib Uthman

PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dari 29 Mei hingga 7 Jun menjadi tumpuan ribuan pengunjung yang mahu mendapatkan bahan bacaan pada harga istimewa.

Namun di sebalik lambakan judul dan promosi menarik, Pengasas Dubook Press, Mutalib Uthman menasihatkan orang ramai supaya membeli buku yang benar-benar mahu dibaca, bukannya sekadar mengikut trend atau pengaruh orang lain.

"Beli buku yang menawarkan bahan bacaan yang memang kita nak baca.

"Jangan beli buku secara berlebihan sampai akhirnya hanya melambakkan koleksi di rumah tanpa dibaca," katanya kepada mStar.

Diskaun buku di PBAKL 2026 mencecah 30 hingga 50 peratus.

Diskaun buku di PBAKL 2026 mencecah 30 hingga 50 peratus. 

Menyentuh mengenai masa terbaik untuk mendapatkan harga paling murah, Mutalib berkata hari-hari terakhir pesta buku lazimnya menawarkan diskaun yang lebih besar kerana peniaga enggan membawa pulang baki stok.

"Berdasarkan pengalaman saya, pada hari-hari terakhir ada peniaga yang menawarkan potongan harga antara 30 hingga 50 peratus," ujarnya.

Bagaimanapun, dia berkata pengunjung tidak semestinya perlu menunggu sehingga hari terakhir kerana kebanyakan penerbit turut mengadakan promosi khas seperti happy hour pada waktu tertentu sepanjang pesta berlangsung.

"Setiap penerbit ada waktu promosi yang berbeza. Ada yang buat pada pukul 4 petang, ada yang pukul 5 petang.

"Sebab itu pembaca perlu mengikuti media sosial penerbit untuk mengetahui tawaran semasa," katanya lagi.

Tambahnya, jualan di pesta buku pada masa ini jauh lebih murah berbanding dibeli menerusi mana-mana platform e-dagang.

Beliau turut menegur sikap sesetengah pengunjung yang membeli buku hanya kerana melihat orang lain berbuat demikian tanpa mengetahui kandungan sebenar buku tersebut.

"Ada pembeli yang saya jumpa mengaku membeli sesebuah buku hanya kerana melihat ramai orang lain membelinya. Sedangkan dia sendiri tidak pasti apa isi kandungannya," katanya.

Mengulas trend jualan di PBAKL 2026, Mutalib berkata sambutan terhadap novel masih kekal kukuh meskipun pelbagai genre baharu muncul dalam pasaran.

Tip beli buku murah di PBAKL 2026 menurut Mutalib Uthman:

1. Datang pada hari-hari terakhir pesta

- Peniaga biasanya mahu mengurangkan stok dan mengelakkan kos membawa pulang buku.

- Diskaun boleh mencecah 30 hingga 50 peratus.

2. Manfaatkan promosi happy hour

- Ramai penerbit menawarkan potongan harga khas pada waktu tertentu.

- Semak jadual promosi di gerai atau media sosial penerbit.

3. Ikuti media sosial penerbit

- Tawaran kilat, kupon dan diskaun tambahan sering diumumkan di Facebook, Instagram atau TikTok.

4. Buat senarai buku sebelum datang

- Tentukan tajuk atau genre yang ingin dibeli bagi mengelakkan pembelian impulsif.

5. Beli buku yang benar-benar mahu dibaca

- Elakkan membeli semata-mata kerana murah atau mengikut trend.

- Buku yang dibaca memberi lebih nilai berbanding buku yang hanya tersimpan di rak.

6. Jangan ikut pembeli lain

- Sesebuah buku yang laris belum tentu sesuai dengan minat atau keperluan anda.

7. Bandingkan harga antara penerbit

- Ada penerbit menawarkan pakej kombo, beli 2 percuma 1 atau diskaun berperingkat.

8. Fokus kepada genre kegemaran

- Cari buku yang sesuai dengan minat seperti novel, motivasi, bisnes atau agama supaya pembelian lebih berbaloi.

9. Datang pada waktu kurang sesak

- Lebih mudah meneliti promosi dan berbincang dengan penjual mengenai tawaran terbaik.

10. Sediakan bajet pembelian

- Tetapkan jumlah perbelanjaan supaya tidak terlebih membeli hanya kerana teruja dengan diskaun.

Artikel Lain