suria

Nampak macam biasa, rupanya ada ‘isi’ di sebalik manisan... Sihir ‘kuih ponia’ tundukkan mangsa demi nafsu!

Amalan sihir masih wujud dalam masyarakat moden bertujuan untuk memudaratkan seseorang. -Gambar hiasan

KETIKA dunia sudah menuju ke era moden, tidak dinafikan kepercayaan terhadap ilmu sihir masih wujud, khususnya dalam masyarakat Melayu.

Salah satu bentuk sihir yang sering disebut dalam kisah-kisah masyarakat ialah sihir menggunakan kuih dikenali sebagai 'kuih ponia'.

Tidak diketahui dengan jelas bentuk yang sebenarnya, namun dalam kisah-kisah lisan, ia sering digambarkan sebagai kuih-muih tradisional tetapi dijampi dengan mantera sihir bertujuan untuk menundukkan seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN:Paha lebam-lebam, wanita mimpi makan daging lepas jaga anak asuhan… Rupanya si kecil ada ‘pendamping’ ikut dari rumah sewa!

Menerusi perkongsian di laman Thread, seorang pelayar, @aretifz yang menghuraikan mengenai kuih ponia berkata, ia lazimnya digunakan dalam perniagaan dan juga mahu memiliki seseorang.

"Boleh jadi ia kuih seri muka, kuih lapis, kuih talam, kuih macam-macam, tapi sebab apa dipanggil ponia? Sebab pengamal akan gunakan salah satu kuih tu untuk diberi kepada sasaran atau pelanggan.

Sihir kuih ponia dikatakan sihir yang menggunakan kuih tradisional. -Gambar hiasan

"Antara kuih yang paling mujarab dalam amalan sihir kuih ponia ni adalah kuih seri muka, kuih lapis, kuih kaswi dan kuih lopes.

"Sebab apa? Kuih ni manis, pembuatannya pun senang dan mudah untuk dipuja dan disihir," tulisnya dalam perkongsian berkenaan.

Menurutnya, kuih yang dipuja dan disihir akan diletakkan di kedai untuk dijual, manakala untuk orang yang disasarkan secara khusus, penyihir akan memberi kepada mangsanya.

Pelayar tersebut turut menghuraikan tanda-tanda seseorang sudah terkena sihir kuih ponia, antaranya:

- Terlalu rindu atau asyik teringat pada seseorang yang tidak pernah pun rapat sebelum ini.

- Tiba-tiba benci pasangan sendiri atau orang sekeliling.

- Suka termenung, bercakap seorang diri sambil sebut nama seseorang.

- Rela tinggalkan kerja, keluarga atau pasangan demi 'orang tu' (penyihir).

- Bila ditegur atau dirawat, melawan atau mengamuk, seolah-olah dilindungi sesuatu.

Mangsa sihir kuih ponia lazimnya akan kerap teringatkan penyihirnya. -Gambar hiasan

"Mangsa takkan peduli dah sekeliling, dia pandang si penyihir je. Sebab tu ada yang guna kesempatan, kikis duit mangsa habis-habis, lepas tu tinggalkan. Mangsa jadi lurus bendul saja.

"Jadi bagi elakkan kena sihir ni, bacalah surah-surah yang melindungi diri kita daripada segala anasir jahat.

"Hati-hati juga apabila orang bagi kuih ke, makanan ke… bukan nak syak wasangka, tapi berhati-hati. Mohonlah pada Allah SWT agar diri sentiasa dilindungi daripada perkara yang buruk," akhirinya.

Sebagai peringatan bersama, Islam menolak amalan sihir dan mengajar umatnya untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir seperti yang dihuraikan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perbuatan sihir, sama ada melakukannya atau dibinasakan dengannya.

Artikel Lain