suria

Pemuda kongsi apa perlu dibuat jika jumpa bawang 'kunci nafsu', ikhtiar tangkis sihir dalam rumah tangga

Bawang menjadi salah satu bahan digunakan untuk tujuan sihir 'kunci nafsu' -Gambar hiasan AI (kanan)

AMALAN sihir yang dikaitkan dengan niat merosakkan hubungan suami isteri dikatakan masih berlaku dengan bahan tertentu digunakan.

Perkara itu didedahkan oleh Khairol Azhar Hamzah yang berkongsi peringatan mengenai ilmu hitam menggunakan bawang besar dan dihanyutkan ke sungai.

Menerusi foto dikongsikan, kelihatan sebiji bawang yang sudah dibelah, dimasukkan sesuatu di dalamnya sebelum dicantum semula menggunakan pin.

"Kalau terjumpa bawang yang ditusuk dengan pin dan dihanyutkan dalam sungai, tolonglah ambil dan buka pin tersebut. Sebelum buka, bacalah ayat Kursi, Bismillah 5, tiga Qul dan selawat. 

"Niatkan dalam hati supaya segala bentuk sihir itu terbatal dan tidak memudaratkan sesiapa," katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Tambahnya, mereka yang terkena sihir 'kunci nafsu' didakwa boleh mengalami perubahan mendadak dalam hubungan rumah tangga apabila dia tiba-tiba hilang keinginan terhadap pasangan tanpa sebab jelas.

Khairol turut menjelaskan, ada pasangan yang hanya menyedari perubahan itu selepas konflik besar berlaku sedangkan punca sebenar sukar dikesan kerana ia melibatkan unsur perbuatan khianat.

"Pasangan tiba-tiba hilang keinginan, digoda macam mana pun tetap tak ada respons. Rumah tangga pula jadi panas. Hal kecil pun boleh jadi punca pergaduhan besar.

"Kadang-kadang perkara remeh pun terasa macam isu berat. Hal kecil pun boleh jadi punca pergaduhan besar. Kadang-kadang perkara remeh pun terasa macam isu berat, emosi meluap tak tentu arah.

"Bila difikirkan semula, langsung tak masuk akal sampai bergaduh teruk sebab benda kecil. Itulah antara tanda dan kesan sihir seperti ini. Janganlah sesiapa buat perkara macam ini," jelasnya.

Dalam masa sama, dia mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan perbuatan sedemikian kerana ia bukan sahaja menyusahkan orang lain, malah tergolong dalam perbuatan syirik serta haram hukumnya dalam Islam.

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia