suria

Koleksi beg tangan akan rosak jika tak diguna, kalau nak tahan lama boleh cuba cara ini

Beg tangan lebih cepat rosak jika tak digunakan atau dijaga rapi. -Gambar hiasan

RATA-rata wanita pasti akan bersetuju bahawa beg tangan kini menjadi sebahagian daripada keperluan hidup mereka.

Mana tidaknya, aksesori berkenaan memudahkan kaum wanita untuk menyimpan pelbagai barangan peribadi seperti telefon, dompet, alat solek, minyak wangi dan sebagainya ke merata tempat.

Satu beg sahaja tidak cukup, ada kalanya wanita memiliki puluhan, malah ratusan beg dalam koleksi untuk dipadankan dengan pakaian atau majlis berbeza.

Bagaimanapun bukan semua beg tangan boleh bertahan lama lebih-lebih lagi jika ia disimpan dan tidak digunakan dalam tempoh yang lama. 

Namun, usah peningkan kepala! Cuba ikuti tips penjagaan beg tangan ini jika anda mahu koleksi kesayangan anda sentiasa kelihatan baru dan tahan lama:

Beg tangan perlu disimpan dengan baik selepas dibeli.

1. Keluarkan barang dalam beg

Kosongkan beg untuk lebih mudah bersihkan habuk. Pastikan setiap kotoran dibersihkan sebelum simpan. ingat, ada kotoran sukar dicuci jika dibiar lama

2. Simpan dalam dust bag atau kotak

Sekiranya anda membeli beg di kedai, kebiasaanya ia akan disimpan rapi di dalam dust bag dan diletakkan gumpalan kertas di dalamnya.

Jangan buang dan gunakan semula item tersebut ketika menyimpan beg kesayangan anda, pastikan sokongan dalam (inside support) diletakkan sekali untuk mengekalkan bentuk asal beg.

3. Elakkan gantung beg untuk jangka masa lama

Lama-kelamaan bahagian pemegang atau handle akan rosak dan berbekas disebabkan kesan gantung. Seeloknya susun dia atas rak.

4. Sediakan organizer khas untuk alat solek

Sekiranya anda sering bawa alat solek di dalam beg tangan, letakkan ia dalam beg kecil (pouch) berasingan.

Ini bagi mengelakkan apa-apa produk cecair atau serbuk yang susah dibersikan tertumpah di dalam beg serta memudahkan anda untuk menukar beg setiap hari.

5. Rajinkan guna semua beg tangan

Sekiranya anda seorang yang banyak koleksi, rajinkan diri untuk menukar beg sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Seperti kasut, walaupun ia disimpan baik tetap akan mudah rosak misalnya kulit terkopek atau zip rosak.

Artikel Lain