suria

Bawa RM50 pun dah boleh bergaya... Ini cara cipta OOTD dengan modal mesra poket, lengkap ‘head to toe’

Anda boleh mencipta gaya lengkap dengan modal rendah. -Gambar hiasan

JIKA berbelanja di butik atau pusat membeli-belah, harga baju kemeja-t atau t-shirt yang ringkas boleh mencecah sehingga RM50 sehelai.

Bagi golongan B40, nilai ini sangat besar dan mungkin boleh mengenyangkan perut mereka untuk beberapa hari.

Namun, ramai yang tidak tahu anda sebenarnya boleh mencipta gaya lengkap head to toe dengan nilai sama jika berbelanja di kedai pakaian terpakai.

Berikut kami kongsikan cara mudah mencari outfit of the day (OOTD) dengan modal RM50 di kedai bundle:

1. Tetapkan bajet: Tetapkan had RM50 sahaja. Ini akan membantu anda fokus mencari pakaian dan aksesori yang berbaloi.

2. Idea: Sebelum pergi ke kedai, fikirkan jenis pakaian atau aksesori yang anda perlukan. Boleh juga rujuk media sosial untuk mencari inspirasi.

bundle 2

Pakaian terpakai biasanya dijual pada harga lebih murah. -Gambar hiasan

3. Memilih: Fokus pada item yang boleh dipadankan dengan pelbagai gaya, seperti kemeja putih, seluar hitam, atau jaket denim.

4. Promosi: Banyak kedai bundle menawarkan promosi seperti beli tiga helai pada harga RM10. Jadi, anda boleh menggunakan peluang ini untuk mendapatkan lebih banyak barang.

5. Tawar menawar: Jangan malu untuk bertanya tentang diskaun tambahan terutamanya jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak.

Contoh

T-shirt vintage: RM10

Seluar jeans: RM20

Aksesori seperti beg silang: RM10

Kemeja flanel: RM10

Dengan hanya RM50, anda sudah boleh mencipta satu set pakaian lengkap yang sesuai untuk pelbagai acara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain