suria

Ramai masih keliru! Ini beza pelepasan, pengecualian dan rebat cukai… Fahami dulu sebelum isi e-Filing

Pemahaman yang jelas dapat mengelakkan kekeliruan ketika proses mengisi e-Filing. -Gambar hiasan

RAMAI pembayar cukai masih keliru dan menyamakan tax relief, tax exemption serta tax tebate, sedangkan ketiga-tiganya mempunyai fungsi berbeza dalam pengiraan cukai pendapatan.

Kekeliruan itu sering berlaku ketika proses mengisi e-Filing apabila ada yang menyangka semua potongan memberi kesan sama terhadap jumlah cukai yang perlu dibayar.

Tax relief atau pelepasan cukai merujuk kepada potongan yang dibuat bagi mengurangkan jumlah pendapatan bercukai.

Sebagai contoh, individu dengan pendapatan RM60,000 setahun yang menuntut pelepasan individu serta caruman KWSP dan insurans hayat, hanya akan dikenakan cukai ke atas baki pendapatan selepas potongan dibuat.

Pemahaman yang jelas mengenai perbezaan istilah penting bagi mengelakkan kesilapan.Pemahaman yang jelas mengenai perbezaan istilah penting bagi mengelakkan kesilapan. -Gambar hiasan

Berbeza pula dengan tax exemption atau pengecualian cukai, ia melibatkan pendapatan tertentu yang tidak dikenakan cukai langsung dan tidak dimasukkan dalam pengiraan pendapatan bercukai.

Antara contoh pendapatan yang dikecualikan ialah pencen kerajaan yang diterima setiap bulan.

Sementara itu, tax rebate atau rebat cukai pula ditolak terus daripada jumlah cukai yang perlu dibayar.

Contohnya, jika cukai dikenakan sebanyak RM1,200 dan pembayar cukai layak menerima rebat zakat RM800, baki cukai yang perlu dibayar hanyalah RM400.

Secara ringkas, tax relief mengurangkan pendapatan bercukai, tax exemption mengecualikan pendapatan daripada cukai, manakala tax rebate mengurangkan jumlah cukai akhir.

Pemahaman yang jelas mengenai perbezaan istilah ini penting bagi mengelakkan kesilapan ketika membuat pengisytiharan cukai, selain membantu pembayar cukai merancang kewangan dengan lebih bijak dan teratur.

 

Artikel Lain