RANCANGAN untuk menabung yang sudah dirangka sejak sekian lama memang nampak mudah.Namun hakikatnya, ramai yang tidak mempunyai 'kekuatan' untuk mengikut jadual dan melakukannya secara konsisten. Cabaran paling besar bukanlah pada jumlah gaji bulanan, sebaliknya cara pengurusan.Jom tukar mindset dan gaya hidup supaya kewangan lebih stabil, tanpa perlu ikat perut melampau seperti yang disarankan bettermoneyhabit.1. Pastikan 'susur galur' ke mana duit digunakanSebelum sembang pasal simpanan, anda seharusnya mengetahui dahulu tabiat berbelanja.Pastikan setiap kegunaan duit direkodkan sama ada membeli kopi mahal, bil bulanan atau 'perbelanjaan ketika stres'.Apabila anda mempunyai data lengkap mengenai perbelanjaan yang dilakukan, asingkannya mengikut keutamaan dan keperluan.Pada masa inilah, anda akan menyedari 'kebocoran' berlaku.Tukar mindset tabung kepada 'bil wajib' supaya simpanan lebih konsisten. -Gambar hiasan AI2. Tukar mindset simpanan kepada bil wajibTidak dinafikan ramai yang melakukan simpanan menggunakan duit lebihan perbelanjaan.Maka tidak hairanlah apabila jumlah simpanan sentiasa di bawah 'par' kerana gaji bulanan tidak berbaki.Anda yang ingin betul-betul menyimpan perlu menjadikan tabung bulanan itu sebagai bil wajib.Ia lebih mudah dilaksanakan apabila anda sudah mengetahui jumlah perbelanjaan dan bajet bulanan.Paling penting, janganlah setiap bulan nak reward diri guna duit tabung pula.3. Beranikan diri potong perbelanjaan tidak pentingSelepas anda membuat semakan dan senarai perbelanjaan, bolehlah mula mengawalnya dengan menyesuaikan gaya hidup dan pendapatan bulanan.Contohnya aplikasi penstriman, adakah anda sempat menonton setiap rancangan yang ada?Kemungkinan duit 'bocor' disebabkan komitmen ini walhal anda tidak mempunyai masa untuk menontonnya.Sama ada berkeluarga atau bujang, sebaiknya masak makanan di rumah bagi menjimatkan kewangan.Namun bukanlah anda tidak boleh makan di luar, cuma jangan jadikannya rutin harian.4.Tetapkan matlamat simpananWang simpanan boleh bocor apabila anda tidak mempunyai matlamat yang sebenar.Oleh itu, tetapkan tujuan penyimpanan seperti dana kecemasan atau destinasi impian mahupun tabung persaraan.