SEORANG wanita maut, manakala suaminya cedera parah selepas skuter dinaiki mereka dirempuh sebuah lori sebelum diseret pada lewat malam Sabtu.Mangsa, Haniya Ayesha, 22, disahkan meninggal dunia di hospital. Suaminya, Abdul Basit, 26, kini sedang menerima rawatan akibat kecederaan serius. Difahamkan, pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menonton wayang.Menurut polis, Basit tercampak ke tepi jalan, manakala Ayesha bersama skuter mereka tersangkut di bawah lori sebelum diseret hampir satu kilometer.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Perempuan Maut Diseret Lori Sejauh 10 MeterBeberapa pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian ngeri itu mengejar lori berkenaan dan memaksanya berhenti. Bagaimanapun, pemandu lori melarikan diri sebelum polis tiba ditempat kejadian. “Penduduk berjaya menahan kelindan lori dan menyerahkannya kepada pihak kami,” kata seorang pegawai polis.Lori yang berdaftar di Karnataka itu dirampas, manakala kelindan kini berada dalam tahanan polis.Pasangan yang berasal dari Kerala itu bekerja di sebuah kedai barang kemas di Hyderabad. Mayat Ayesha dihantar untuk bedah siasat, sementara polis membuka kertas siasatan bagi mengesan pemandu lori yang masih melarikan diri.Kejadian itu berlaku di kawasan Mindspace, Madhapur, Hyderabad, India. -Agensi