suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Tarik Balik Undang-Undang Tentera

BANGKOK: Perdana Menteri Thai Jen Prayuth Chan-ocha berkata beliau telah memohon perkenan Raja Bhumibol Adulyadej bagi penarikan balik undang-undang tentera yang dikuatkuasa pada Mei tahun lepas.

Undang-undang itu kelak akan diganti dengan peruntukan Artikel 44 Piagam Sementara, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di sini Selasa. 

Artikel ini mengandungi kira-kira 5-6 seksyen dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Artikel 44 memberi kuasa kepada ketua Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) mengeluarkan sebarang perintah "atas nama pembaharuan dalam sebarang bidang, pemupukan rasa cinta dan harmoni di kalangan rakyat; 
"atau pencegahan dan sekatan sebarang tingkah laku yang menjejas keamanan dan keselamatan nasional, sama ada tingkah laku itu berlaku di dalam atau di luar negara".

Perintah atau tindakan itu, serta pematuhannya, akan dianggap sah, berperlembagaan dan muktamad.

Jen Prayuth, yang juga ketua NCPO, berkata kuasa di bawah Artikel 44 akan digunakan secara membina dan untuk tujuan keselamatan bila ia membolehkan pihak berkuasa memberi respons terhadap jenayah tanpa perlu mendapatkan waran mahkamah. 

Beliau berkata tentera akan diberi kuasa dalam dua perkara; membenarkan personel tentera menahan suspek tanpa waran mahkamah selama tujuh hari, dan memberi kuasa kepada personel tentera menyoal siasat suspek secara bersama.

Artikel Lain